THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 27, 2009

BELANJA KAHWIN HANYA RM1000..PERCAYA X??

BETUL KE??
Itu lah soalan yang mula-mula bermain dalam fikiran saya..memang betul pun..mesti anda kaum adam dan hawa nak tahu..betul x??
Kalau nak tahu kahwin la dengan anak pegawai tentera yang berpangkat Mejar dan ke atas..ni hanya pendapat saya..sebab semua persiapan akan di uruskan oleh pihak tentera..dari persiapan pemasangan khemah,katering,pelamin semuanya diuruskan pihak tentera..hebatkan??mesti anda semua tak percaya..betul x?
Belanjanya pun tak banyak sangat kalau di bandingkan dengan kita yang uruskan..kalau tak ada RM20000 jangan la nak kahwin...
So kepada semua kaum adam nak mudah kahwin la dengan anak pegawai tentera..
TAPI HANTARAN KAHWIN TETAP XBERUBAH WALAUPUN BELANJA KAHWIN MURAH..HARAP MAKLUM YE..

Thursday, June 4, 2009

complicated problem..

Bulan puasa dah nak dekat..kiranya raya pun dah nak dekat la kan..yang jadi complicated jer bila mama tak bagi kami balik raya kat johor..huhuhu..kami nak raya dengan ayah..dengan mama pun kami nak raya gak...serba salah dibuatnya...pasal adik beradik ayah masuk campur dalam kes perceraian mama dengan ayah,mama haramkan kami pergi kampung ayah...entah la..kadang-kadang aku,kak long dan baini rasa mama seolah-olah nak pisahkan ayah dengan kami..mama tak boleh buat kami macam tu..anak-anak perempuan mama semua dah besar..kak long dah pun jadi wife orang...yang mama boleh kawal sekarang ialah anak-anak lelaki mama..tapi mama tetap tak boleh pisah diorang dari ayah mereka...bukan nak tuduh mama..tapi tu yang kami rasa...mama baik tak pernah abaikan kami adik-beradik...
sekarang ni aku dengan baini tak tau nak raya kat mana..sebelah ayah tau sebelah mama..kak long dia ada tanggungjawab dia pada husband..dan of course dia akan balik raya sebelah husband dia kalau dia nak..
entah la..

Friday, May 29, 2009

DUGAAN DATANG LAGI..

Aku tak tahu apa nak jadi dengan family aku..macam-macam dugaan yang datang..pening aku..aku nak salahkan siapa dalam semua hal ni??ni apa yang aku nak luahkan..aku rasa serba salah la..nak benci dia la ibu yang mengandungkan aku,melahirkan aku..tapi aku betul-betul xsangka boleh jadi macam ni..aku sayang dekat mama dan ayah..aku kalau boleh tak nak tengok diorang berpisah..tapi nak buat macam mana..dah tak de jodoh...aku sabar jer la...entah la..semua masalah ni aku rasa macam makin rumit jer..maybe ni dugaan Allah nak bagi kat aku..Allah nak uji sama ada aku masih mampu pikul tanggungjawab yang di amanahkan atau tak..insyaAllah selagi nyawa masih dikandung badan aku akan terus pikul tanggungjawab ni...aku akan buktikan pada mama yang aku bukan anak mama yang manja lagi..aku bukan anak mama yang melemah lagi...aku boleh buat semua ni..insyaAllah..aku akan jaga ayah sampai hingga hujung nyawa ayah.. Aku janji,aku hanya perlukan masa setahun setengah untuk sambung belajar..pastu aku akan cari kerja yang terbaik untuk bantu ayah dan segala kos rawatan ayah..insyaAllah..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki aku...pastu aku akan cari rumah untak ayah..aku akan bawak ayah keluar dari rumah tu..aku tak nak ayah tinggal kat sana lagi..biar la aku yang susah payah jaga ayah..biar la aku dengan adik-beradik aku yang jaga ayah..aku tak kan susahkan siapa-siapa lagi..tugas ni sepatutnya kak long yang pikul..tapi dia dah kahwin so tugas ni dah jatuh kat bahu aku..masa mula-mula nak terima tugas ni,means pas kak long kahwin aku sedih sangat-sangat sebab aku takut aku tak mampu nak pikul tanggungjawab ni..Alhamdulillah,aku dah boleh terima dengan semua ni...aku harap Allah akan sentiasa bantu aku..insyaAllah..

Monday, May 25, 2009

MEMORY PICTURES AT ILP PEDAS

boys and girls
the boys

geng nakal


my bestfriend




kene wat keje sblm jamuan





candid main game...hhehe



the girls






kena wat keje







kat loker









depan bilik kb







with pn mai..






dlm dewan






on the way g dewan













MEMORY AT ILP PEDAS

ada geng..hehehe
konon repair server...huhuhu

ni pun aktiviti gak...hehe


antara aktiviti kami dalam lab..

SEM 3 ni best sebab dapat belajar web design..belajar adobe photoshop..lagi seronok bila projek yang encik badri suruh wat,aku berjaya wat dengan cemerlang..boleh la..tp xde la cantik sangat pun..tapi aku puas hati sebab dapat wat web design tu seorang-orang walaupun tu kena wat dalam group..adobe photoshop pun best gak..byk gak la gambar2a yang aku dah edit..tu pun ada projek gak..tajuk dia teknologi perhubungan..alhamdulillah dapat wat..lagi best, aku dapat tolong kawan-kawan yang tak tahu nak wat..rasa macam ilmu yang aku belajar ni tak sia-sia..kiranya aku pun boleh belajar sekali lagi...

semasa final exam,exam teori aku terkantoi..huhuhu..sedih beb..kawan-kawan baik aku semua lulus..aku je yang kantoi..mula-mula tak nak nangis..just sebak..tapi bila hajar dan ila peluk aku,terus air mata kuar dengan lajunya..huhuhu..bukan tak study just xoleh nak fokus..sebab fikir pasal mama dengan ayah..walaupun aku tak patut fikir sangat..tapi tak boleh la,sebab dalam family aku paling sensitif...huhuhu..tapi aku berjaya wat repeat exam..alhamdulillah...final amali pun ok..kiranya aku lulus la...

hari tu aku dapat result..huhu..pointer jatuh sikit..xpe la..lain kali aku akan wat dengan cemerlang..semua ni doa dari family aku...

tamat sem 3 di ILP Pedas ni bermaksud aku berjaya sahut cabaran pertama family aku..tinggal cabaran yang kedua dan ketiga..harap-harap dapat la aku wat dengan berjayanya..insyaAllah..

TOLONG AMBIL BERAT PASAL NI..

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbarbahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islamyang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal .
Datuk Harussani juga minta kepada semuapenceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supayajangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwapertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkaraberhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agamasehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan.Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anakkita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam.Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak.Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hangnak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia.Kita tak boleh nakbuat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama -maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agamakepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaanMalaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam .
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan,kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariahkalau takdak, habih la kita tuan-tuan.Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunyamahkamah yang defence agama kita.Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraidpusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau takdak mahkamahsyariah, maknanya, perkahwinan tidak akanberjalan di atas akad nikah, sebaliknya,perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8)Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yangtidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabilamasuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak bolehdiberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-​​​​program di radio dan tvyang menerangkan tentang ajaran Islam dalambahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberiruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasaMelayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana takingat, ante boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agamakita sendiri?​​​​.​​​​.​​​​.​​​​Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhantersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat MuftiPerak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!".. .Datuk Harussani balasdalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampaulebih, maka inilah hadiahnya!". ..Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia.Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada bendadalammulut​sampaitakbolehn​akbuka!​​​​. ​.
​Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:"Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambildaripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yangmerupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yangberbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, laludijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya.Mereka mendahulukannya​ melebihi kitabAllah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajibdiperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selaindaripadanya dalam perkara kecil ataupun besar(rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam IbnKathir jld. 2, m.s. 70.CetakanBeirut)Allahu ta..ala ..alam.
16 Februari 2006**SAPA YANG BACA ARTIKAL INI "DIWAJIBKAN" POST KEPADA BULETIN ANDA.. KERANA INI SEBAHAGIANDARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKANISLAM NI..

Sunday, May 24, 2009

MEMORY AT ILP PEDAS

sem 3..
ni last sem kami kat ILP Pedas..memang banyak memory kat sini..sem ni la macam-macam hal yang terjadi..tapi semua tu menguji tahap kesabaran kami dan persahabatan kami...sem 3 ni la aku mula rapat dengan budak-budak bilik fiza dan nadia-hajar,ila dan naimah..hubungan aku dengan budak bilik aku tetap macam tu gak..just aku,eyka dan nor jer yang rapat..nida dan wani wat hal masing-masing..sem 3 ni gak,aku diuji dengan macam-macam dugaan..antaranya,mama dengan ayah nak bercerai..aku dapat penyakit..hmmm..dugaan..alhamdulillah semua kawan-kawan aku sentiasa ada kat sisi aku semasa aku sakit..
aku kerap sangat pengsan dalam kelas dan kat dorm..aku tak tahu kenapa..kepala aku selalu sakit-sakit..bila makan mesti muntah-muntah..bila dah berlarutan macam ni..mama bawak aku pergi jumpa doktor..doktor bagi ubat tahan sakit..doktor cakap kalau sakit lagi,aku kena datang jumpa doktor balik..doktor nak buat CT scan..hmm..doktor syak aku ada ketumbahan dalam kepala..hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu..sejak dari hari sampai sekarang aku mengelak buat medical checkup..dah patah semangat..aku just amik ubat dari doktor yang berlaian..aku xcakap pun rekod perubatan aku sebelum ni...
pada mulanya aku nak rahsiakan dari kawan-kawan,tapi fiza dengan nadia syak sesuatu..so aku cerita la kat diorang..sejak dari hari tu pemakanan aku dikawal..tak boleh makan coklat lagi..semua sumber makanan yang berasaskan coklat aku xboleh makan..sebab bila pas makan aku mesti pengsan..hmm
sem 3 ni paling best kelas agama..ustaz dia hensem..tapi dah kawin..huhuhu..bulan puasa ustaz bagi kitorg tengok upin dan ipin...hehehe..selalu time kelas dia,ustaz suka wat perbentangan..yang selalu kena bentang dalam kumpulan aku la...hmmm..saja nak menonjolkan diri..huhuhu..lagipun best..sebab kelas waktu malam..masa bulan puasa kelas tukar sebelah petang..
sem 3 ni gak,ktorng dah jarang kena denda..huhuhu..bukan tak nakal dah..tapi jadi baik sebab dapat ketua bahagian yang sporting..dia suka minta tolong ktorg..ktorg pun rajin la tolong dia..huhu..ikhlas tau..
ada satu hari tu,semua student kat bengkel IT diharamkan bawak laptop...semua kemudahan internet ditarik balik..sebabnya..kami sem 2 dan sem 3 berjaya menjadi hecker..IP address kat seluruh ILP ktorg dah pecah masuk..huhuhu..bukan salah kami..kami hanya nak mencuba ilmu yang diberikan iaitu kira macam mana nak lajukan internet melalui IP Address yang ada..
hehehe..kantoi dengan ketua bahagian-en.hisam..tapi ramai yang tak mengaku..bagusnya kami ni,ktorng ni akan backup member yang kantoi..so lapan orang mengaku..hecker terbesar pun mengaku gak..
sem 3 ni banyak memory..aku tak larat nak tulis la..sori ek..

will be continue again..